Sabah terima 1.8 juta dos vaksin Cansino bulan depan

KENINGAU: Hasil desakan Kerajaan negeri Sabah terhadap Kerajaan Persekutuan, Negeri Sabah akan menerima satu juta dos vaksin Pfizer dan 1.8 juta dos vaksin CanSino pada bulan.

Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bahawa Sabah akan menerima dua jenis vaksin ini pada bulan hadapan kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Keningau, Sabah

“Penghantaran bekalan vaksin jenis CanSino yang dijangka tiba bulan depan itu dilihat dapat mempercepatkan usaha pemberian vaksin terutama dikawasan pedalaman dan luar bandar serta pulau-pulau memandangkan ia hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja

“Kita telah memohon bekalan vaksin dan saya dimaklumkan ianya akan dihantar ke Sabah pada bulan hadapan dan perkara ini sudah tentu dapat mempercepat usaha pemberian vaksin sekaligus mengekang penularan pandemik COVID-19.


“Jika semuanya berjalan lancar, Sabah sudah pasti dapat mencapai sasaran 60 peratus menjelang bulan Oktober nanti. Insyaallah kita turut yakin dapat mencapai imuniti berkelompok pada akhir tahun ini, ” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *