1,002 kes baharu COVID-19 Sabah
KOTA KINABALU : Sabah hari ini kekal merekodkan jumlah seribu kes COVID-19 seribu keatas dengan mencatat jumlah sebanyak 1,002 kes baharu.
‘Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mencatatkan 171 kes baharu dalam masa 24 jam
“Ini diikuti oleh daerah Penampang dengan 100, Sipitang 90, Sandakan 75, Tuaran 73, Keningau 47, Telupid 40, Ranau 34, Papar 30, Beaufort 28 dan Kinabatangan 22 kes
“Semua daerah di negeri ini mencatatkan kes baharu. Di daerah ini sahaja, hampir 63 peratus kes baharu datang daripada kontak rapat, 70 peratus di Tawau, 67 peratus di Penampang dan 62 peratus di Sipitang,” kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan di sini, hari ini.