Polis minta bantuan orang ramai kesan seorang lagi tahanan

PENAMPANG: Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lagi tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021. Pihak Polis IPD Penampang masih masih giat memburu seorang lagi tahanan yang melarikan diri dari pusat kuarantin iaitu :

1) Mohd Rahman Bin Basir /24 TAHUN/ SEK 39A ADB 1952Oleh yang demikian, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak betindak melindungi tahanan tersebut kerana, ia boleh menyebarkan dan menjangkiti virus Covid-19 kepada komuniti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *