Perbezaan politik bukan penghalang usaha membantu rakyat mendapat vaksin – Fairuz

KOTA KINABALU: Perbezaan parti politik bukan penghalang dalam usaha membantu rakyat mendapatkan vaksin COVID19, kata Fairuz Renddan Ahli Udangan Negeri (ADUN) Pintasan dalam satu muat naik status laman muka muka rasmi beliau.

“Perbezaan parti politik bukanlah penghalang dalam usaha kita membantu rakyat mendapat vaksin COVID19

“Saya berpeluang bertukar-tukar pandangan bersama Ahli Parlimen Kota Belud, YB Munirah Majilis

Pada masa yang sama, Fairuz hari ini, bersama OCPD Supt Sahami Husin, PPM Tuan Jamlan Saparan menyerahkan peralatan keperluan utama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kota Belud

Fairuz juga bersama OCPD melawat SJR PKPD Kampung Kotabungan & Tawadakan dan SJR PKPD Kampung Taun Gusi Peninting.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan iaitu doktor, jururawat, sukarelawan, PDRM, Tentera dan Rela yang sedang bertugas di PPV dan SJR PKPD terlibat.

“Semoga kita terus bersatu dan mematuhi SOP demi mencapai kemenangan melawan COVID19,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *