TYT terima suntikan vaksin

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Istana Negeri, di sini.

Dos pertama vaksin tersebut telah diberikan oleh Jururawat KK Mazziyah Marin dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu pada 10:25 pagi tadi.

Lima ahli keluarga TYT, 18 pegawai Istana Negeri dan pengawal peribadi antara yang juga telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19.

TYT Tun Juhar diberikan taklimat vaksinansi COVID-19 oleh Dr. Mervin George sebelum menerima vaksin dan diletakkan bawah pengawasan selama 15 hingga 30 minit selepas menerima vaksin tersebut.

Pada 24 Februari lalu, Sabah telah menerima 16,380 dos vaksin COVID-19 untuk fasa pertama Program Vaksinasi Kebangsaan dan akan menerima lagi 104,130 dos vaksin sebelum 1 April tahun ini.

Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.