Sabah akan menerima 560,720 dos vaksin minggu depan

KOTA KINABALU : Demi mempertingkat kadar vaksinasi di Sabah dan mempercepat momentum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Sabah akan menerima 560,720 dos vaksin pada minggu hadapan. Setakat hari ini, seramai 1,428,122 penduduk Sabah telah menerima suntikan penuh vaksinasi Covid-19.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Noor, dalam satu kenyataan media, sekiranya proses menerima dos vaksin ini berjalan dengan baik, kadar penerimaan vaksinasi di negeri Sabah boleh mencecah 60 peratus kelompok rakyat yang menerima suntikan vaksinasi penuh paling lewat 15 September ini.

Hajiji turut menyatakan rasa terujanya apabila tempoh hari, Sabah mencatat kadar vaksinasi harian tertinggi melebihi 60,000 dos. Hajiji percaya jika kadar ini dapat diteruskan secara konsisten, Sabah boleh menuju ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih segera dan Sabah boleh mencapai imuniti kelompok selewat – lewatnya November tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *