Naik taraf Hospital Tuaran menjadi sebuah hospital pakar – Hajiji

TUARAN : Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah mengadakan lawatan ke PPV Hospital Tuaran dan PPV Dewan Seri Sulaman, Tuaran. YAB Ketua Menteri menyatakan bahawa kerajaan negeri akan memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Hospital Tuaran menjadi sebuah hospital pakar.

Ini sejajar dengan permintaan yang tinggi daripada rakyat untuk memiliki sebuah hospital pakar yang dilengkapi dengan kemudahan perubatan yang canggih terutama dalam situasi pandemik COVID-19 saat ini.

Selain itu, Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan negeri berkata kerajaan negeri juga berharap kerajaan Persekutuan dapat membina klinik kesihatan di dua kawasan di Tuaran iaitu Sulaman dan Pantai Dalit.

Dengan adanya kemudahan kesihatan ini, ia membolehkan penduduk setempat mendapat rawatan awal selain di hospital kerajaan. Turut hadir YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Jasnih Daya, Pembantu Menteri Kewangan, YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan En. Sadan Hussain, Pegawai Daerah Tuaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *