KEMENTERIAN KOMUNIKASI DIGITAL PERLU BERSAMA KERAJAAN NEGERI SABAH DALAM USAHA MEMPASTIKAN LIPUTAN TELEKOMUNIKASI 4G 100 PERATUS MENJELANG 2024
KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diminta untuk bersama membantu Sabah dalam merealisasikan sasaran liputan 4G di negeri itu kepada 100 peratus menjelang 2024.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arid berkata, sehingga kini Sabah baru mencapai 88 peratus liputan 4G di negeri itu.
โUntuk tujuan itu kita memohon KKD untuk memberikan tambahan menara dan pemasangan rangkaian gentian optik titik (PoP) di sekolah luar bandar di Sabah.
โIni adalah bagi memberi jaminan kepada kestabilan perkhidmatan internet jalur lebar diteruskan dan diperluaskan di sekolah-sekolah yang belum disenaraikan,โ katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Wisma TV Angkasapuri di sini kelmarin.
Hadir sama Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob dan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Zainudin Aman.
Mohd Arifin berkata, pihaknya turut memohon agar KKD dapat meneruskan pelaksanaan 300 VSAT bagi tahun ini.
Katanya, pihaknya turut memohon pembekalan peranti tablet pelajar sekolah golongan B40 atau yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini.
โKita turut meminta KKD agar menambah jumlah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) sebanyak 150 kawasan di Sabah menjelang 2025 dengan pengisian program ekonomi digital.
โDi kesempatan pertemuan itu, kita juga mencadangkan Program Sabah Digital Village bagi tujuan pelancongan,โ katanya.ย terkini
KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diminta untuk bersama membantu Sabah dalam merealisasikan sasaran liputan 4G di negeri itu kepada 100 peratus menjelang 2024.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arid berkata, sehingga kini Sabah baru mencapai 88 peratus liputan 4G di negeri itu.โUntuk tujuan itu kita memohon KKD untuk memberikan tambahan menara dan pemasangan rangkaian gentian optik titik (PoP) di sekolah luar bandar di Sabah.
โIni adalah bagi memberi jaminan kepada kestabilan perkhidmatan internet jalur lebar diteruskan dan diperluaskan di sekolah-sekolah yang belum disenaraikan,โ katanya.Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Wisma TV Angkasapuri di sini kelmarin.Hadir sama Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob dan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Zainudin Aman.Mohd Arifin berkata, pihaknya turut memohon agar KKD dapat meneruskan pelaksanaan 300 VSAT bagi tahun ini.Katanya, pihaknya turut memohon pembekalan peranti tablet pelajar sekolah golongan B40 atau yang mendudukiย peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini.โKita turut meminta KKD agar menambah jumlah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) sebanyak 150 kawasan di Sabah menjelang 2025 dengan pengisian program ekonomi digital.โDi kesempatan pertemuan itu, kita juga mencadangkan Program Sabah Digital Village bagi tujuan pelancongan,โ katanya.ย