2,638 Kes Jangkitan Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

KOTA KINABALU : Sabah kekal menjadi negeri yang melaporkan kes empat angka untuk kes jangkitan Covid-19 di mana sebanyak 2,638 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di negeri itu hari ini.

Daripada jumlah kes itu, Kota Kinabalu telah mencatatkan kes jangkitan sebanyak 883 kes berbanding kelmarin sebanyak 669 kes. Sebuah kluster baru telah dilaporkan iaitu Kluster Kampung Penangah di Tongod dengan kumulatif kes sebanyak 36 kes jangkitan Covid-19.

Malaysia hari ini merekodkan penurunan kes di mana kes jangkitan Covid-19 hari ini menurun kepada 19,807 kes berbanding kelmarin sebanyak 22,262 kes. Dengan jumlah kes itu, Malaysia kini mengumpulkan kumulatif kes jangkitan sebanyak 1,555,093 kes dengan kematian sebanyak 14,168 kes setakat 22 Ogos 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published.