Penubuhan Lembaga Minyak Sawit Sabah perlu tepat pada masanya
KOTA KINABALU: Penubuhan Lembaga Minyak Sawit Sabah adalah perlu dan tepat pada masanya demi memastikan industri kelapa sawit negeri dapat dipantau dengan lebih teratur dan efisien.
Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah,
Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata
ketika ini, tanaman kelapa sawit mempunyai keluasan 1.3 juta hektar atau meliputi hampir 90 peratus daripada ke semua tanah pertanian negeri Sabah.
“Ini meletakkan Sabah sebagai penyumbang terbesar tunggal kepada industri minyak sawit Malaysia dengan 29.7 peratus daripada kesemua ladang kelapa sawit di Malaysia terletak di sini.
“Sektor ini menyumbang hampir RM2.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2019. Pada masa yang sama, kerajaan negeri memperolehi pendapatan sebanyak RM798.57 juta daripada cukai jualan minyak sawit mentah (CPO) kelapa sawit.
“Walau bagaimanapun, tidak banyak pelabur yang menjalankan aktiviti hiliran kelapa sawit di Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu,” katanya.
Mengulas mengenai perkara terbabit, Joachim yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri itu turut menjelaskan ia disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi oleh pelabur seperti bekalan bahan mentah kelapa sawit yang tidak mencukupi, masalah infrastruktur, kekurangan kepakaran tempatan untuk menguruskan kilang berasaskan oleokimia dan sebagainya.
“Masalah teknikal dan bukan teknikal seperti inilah yang perlu dikenalpasti dan diselesaikan agar kita mampu untuk menarik pelabur datang dan menjalankan aktiviti mereka di POIC Lahad Datu.
“Kita sedia maklum bahawa pentadbiran kerajaan yang ada sekarang ini baru sahaja โberusiaโ lebih kurang tiga bulan, maka cadangan penubuhan Lembaga Minyak Sawit Sabah masih belum dapat diberi pertimbangan sewajarnya.
“Namun begitu, kerajaan negeri melalui kementerian saya akan melakukan kajian berkaitan dengan cadangan penubuhan lembaga ini secara terperinci.
“Ini adalah perlu kerana penubuhan agensi baharu akan melibatkan kos yang tertentu, penggubalan fungsi dan polisi, perancangan dan perlaksanaan program dan aktiviti, dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Chong Ket Kiun (DAP – Elopura)
Sabah tidak mempunyai Lembaga Minyak Sawit yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan mempromosikan industri minyak kelapa sawit di seluruh Malaysia sehingga kini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.
Joachim turut berkata buat masa ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau lebih dikenali sebagai MPOB merupakan satu-satunya badan tunggal yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelidik dan membangunkan industri minyak sawit dan kelapa sawit di Sabah dan Malaysia amnya.
Tamat