ADUN Pintasan terima kunjungan YADIM Sabah, perhalusi rancangan penyerahan bantuan bakul makanan

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan
telah menerima kunjungan hormat Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, hari ini.

Kunjungan hormat bertempat di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPN) itu bertujuan bagi memperhalusi rancangan penyerahan pek bakul makanan di DUN Pintasan yang bakal dilaksanakan pada hujung bulan Februari atau awal Mac, tahun hadapan.

Fairuz dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata pejabat ADUN Pintasan bersama-sama dengan YADIM, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan bekerja sama bagi memastikan lebih ramai penerima yang disasarkan boleh di kenal pasti untuk dibantu.

“Segala bentuk bantuan wajar diberikan tanpa mengira anutan agama dan fahaman politik, terutamanya ketika pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *