Jadikan amalan turun padang untuk dekati rakyat

KOTA BELUD: Amalan turun padang harus terus dijadikan sebagai agenda untuk mendekati rakyat dalam usaha โ€˜mendengar denyut nadi rakyatโ€™.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan berkata masalah rakyat yang diajukan secara bertulis adalah seperti tidak lengkap jika seseorang wakil rakyat tidak merasai serta melihat sendiri apakah masalah yang dihadapi rakyat.
 
“Bukan kita anggap aduan atau permintaan rakyat secara bertulis melalui surat rasmi tidak baik, tetapi biarlah masalah-masalah itu kita sendiri lihat dan merasainya.
 
โ€œBukan juga kita tidak percaya kepada rakyat tetapi itulah peranan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang sangat sinonim seperti slogan Perdana Menteri โ€˜Dengar Denyut Nadi Rakyatโ€™.
 
“Oleh itu, wakil rakyat PN sering turun padang di kawasan masing-masing untuk menyelami masalah rakyat justeru tidak sesekali mengabaikan rakyat baik di kawasan bandar, pedalaman, dan pinggir bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan selepas melawat dan meninjau kerja pemasangan pagar di sekeliling gereja St. Benedict Kampung Taburon dan Tabika Kampung Dudar Ulu, Pintasan Kota Belud, semalam.
 
Fairuz yang juga merupakan Ketua Armada Bersatu Sabah turut berkata tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bukan semata-mata untuk meraih populariti atau kepentingan diri sendiri.
 
“Tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah menyelesaikan masalah rakyat di samping mengenal pasti tindakan yang harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat tidak kira di mana mereka berada.
 
“Saya percaya alternatif turun padang ini akan banyak membantu kami sebagai wakil rakyat mengenal pasti masalah serta kekurangan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.
 
Menurutnya, dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan di negara ini jelas menunjukkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengutamakan rakyat, justeru mereka (rakyat) disarankan memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menjamin pembangunan yang berterusan.
 
“Tohmahan pembangkang ternyata tidak benar dan cuba mengelirukan rakyat, sebaliknya rakyat disarankan lebih bijak dalam menghadapi situasi sebegini dan tidak terpengaruh dengan agenda mereka (pembangkang),โ€ katanya.
 

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *