Tak dihargai di Malaysia, Kurniawan kini dilantik penolong jurulatih di Serie B Itali
Pasukan bola sepak di Malaysia โbutaโ bakat? Rasanya itulah perkataan yang tepat apabila bekas jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto kini dilantik sebagai penolong jurulatih untuk kelab Como 1907 di Serie B, Itali.
Perlantikan Kurniawan ini sedikit sebanyak memberi tamparan hebat buat pengurusan Sabah apabila mereka mengambil keputusan drastik musim lalu dengan melepaskan Kurniawan sebagai ketua jurulatih selepas prestasi hambar dipamerkan Sang Badak.
Perlantikan Kurniawan ke Como 1907 menyaksikan beliau kembali โpulangโ ke Itali kerana sebelum ini beliau pernah bermain untuk pasukan Sampdoria remaja sebelum berpindah ke FC Luzern yang berpengkalan di Switzerland.
Apa sebenarnya berlaku kepada Kurniawan ketika beliau mengendalikan pasukan Sabah? Jika beliau seorang jurulatih yang tidak bagus kenapa kelab Eropah melantiknya sebagai penolong ketua jurulatih? Adakah kelab Como 1907 yang โbutaโ bakat atau Sabah?
Selain menjadi jurulatih di Malaysia, Kurniawan juga pernah bermain di Liga Malaysia bersama pasukan Sarawak pada tahun 2005 hingga 2006.
Ketika menyarung jersi Sarawak, beliau merupakan salah seorang penyerang terhebat apabila berjaya menjaringkan 29 gol dalam 31 penampilan.
Berbalik kepada isu bakat tidak dihargai. Ini bukanlah perkara baru kerana sudah banyak individu berbakat tidak kira dalam sukan apa pun tidak dihargai di negara sendiri tetapi dihargai di luar negara.
Tidak dapat dinafikan dunia bola sepak tanah air ketika ini berada dalam keadaan yang agak parah, namun โmereka-merekaโ yang bertanggungjawab dalam pembangunan bola sepak negara masih โlena dibuai mimpiโ kerana lebih sayangkan jawatan dari memajukan bola sepak negara.
Jika dilihat dari situasi ketika ini, peminat menjangkakan pasukan bola sepak negara akan terus berada di takuk lama berikutan โmereka-merekaโ ini akan terus buat pelbagai perancangan โsyok sendiriโ. – harimaumalaya.com.my