Sabah dapat tajaan Lotto RM2.4 Juta

Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo iaitu Sabah FC mendapat tajaan yang lumayan sebanyak RM2.4 juta untuk mengharungi Liga Malaysia 2022 daripada jenama pakaian sukan dari Itali, Lotto.

Perkembangan menarik buat skuad yang terkenal dengan julukan The Rhinos itu dimaklumkan sendiri oleh pihak Lotto Malaysia menerusi satu muat naik di media sosial mereka, awal tahun ini.

โ€œCabaran bagi tahun 2022, Lotto Malaysia juga akan diterajui oleh Sabah Football Club dengan jumlah tajaan bernilai RM2.4 juta.

โ€œDengan kerjasama dua hala ni, Lotto Malaysia berharap dapat menaikkan semangat pasukan Sabah FC dan peminat negeri di bawah bayu untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang saingan musim baharu.โ€ tulis kenyataan rasmi oleh Lotto.

Ini merupakan satu suntikan tambahan buat Sabah selepas mendapat bimbingan bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee yang melakukan revolusi besar-besaran.

Kedatangan Kim Swee membolehkan Sabah membawa masuk beberapa pemain tempatan ternama seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Irfan Fazail, Khairul Fahmi Che Mat dan beberapa yang lain lagi. – Sukanz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *