YADIM beri sumbangan kepada kanak-kanak talasemia

Oleh: Ranya Saai

KOTA KINABALU: Pesakit talasemia, Neowell Vann Houtton Mussley menerima sumbangan wang tunai dan barangan makanan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki menyampaikan sumbangan terbabit kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan di kediaman mereka di rumah pangsa Tanjung Aru, di sini.

Samin berkata pihaknya mengetahui mengenai keadaan kanak-kanak itu setelah tular di laman media sosial.

Beliau juga menjelaskan bapa kepada Neowell, Mussley yang bekerja sebagai pekerja am di hotel amat terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan sehinggalah manakala isterinya, Selly Onong tidak bekerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak mereka.

“Keluarga ini terutama ayah kanak-kanak itu begitu terkesan dengan situasi yang berlaku sekarang dan mereka memerlukan bantuan,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu.

Sementara itu, Selly merayu kepada orang ramai untuk menderma darah bagi membantu anaknya yang mengidap penyakit itu.

Katanya, mereka yang mempunyai darah sepadan dengan kanak-kanak itu dan ingin menderma boleh berbuat demikian di Queen Elizabeth Hospital 1 atau menghubungi Selly di talian 0147357915.

Dia memberitahu, anaknya dikesan menghidap ‘talasemia major’ ketika berusia empat tahun dan sejak itu, dia perlu menjalani pembedahan darah setiap bulan.

One thought on “YADIM beri sumbangan kepada kanak-kanak talasemia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *