Kim Swee tuntut konsistensi pemain

SEREMBAN: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menuntut konsistensi anak buahnya bagi memastikan pasukan tersebut mampu terus berada dalam kelompok teratas Liga Super.

Jelas beliau, situasi terkini pasukan iaitu di tangga kedua liga dengan mengutip 22 mata merupakan sesuatu yang cukup baik namun untuk berada di kedudukan lebih baik iaitu mencabar kejuaraan liga, prestasi konsisten perlu ditampilkan.

โ€œMasih terlalu awal, kami baru bermain 10 perlawanan, belum lagi memasuki pusingan kedua, namun berada di situasi terkini tentu amat baik bagi memberikan keyakinan kepada pemain.

โ€œKami perlu kekal konsisten, apa yang selalu saya cakap, kami tidak boleh menang, kalah dan selepas itu seri dan tidak tunjukkan konsistensi. Untuk mencabar pendahulu liga dan berada di kelompok terbaik, kami perlu konsisten,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perlawanan Liga Super di antara pasukannya menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini semalam.

Dalam perlawanan tersebut, gol kemenangan Sang Badak diperoleh pada minit ke-61 menerusi tandukan pemain tengah, Park Taesu.

Sementara itu, Kim Swee berkata, kemenangan 1-0 terhadap Negeri Sembilan itu sekali gus membawa pulang tiga mata penuh tentu sekali sangat menggembirakannya dan para pemain

โ€œSeperti yang yang saya jangkakan, ia satu perlawanan yang sengit, namun apabila kami dapat bertahan dengan baik, tanpa dibolosi terutamanya pada separuh masa pertama, ia telah memberikan kami keyakinan pada separuh masa kedua.

โ€œApabila kami berjaya mematahkan serangan daripada Negeri Sembilan pada masa yang sama mampu cipta peluang dan sempurnakannya, ia adalah mencukupi,โ€ katanya lagi.

Beliau dalam pada itu berkata, akan menggunakan tempoh rehat liga selepas ini bagi memberikan pemain berehat dan mendapatkan semula kecergasan sebelum menanti kehadiran juara bertahan Johor Darul Taโ€™zim (JDT) di Kota Kinabalu pada 15 Julai depan.

โ€œPemain perlu berada dalam keadaan kecergasan yang baik, saya tahu mereka keletihan dan saya harap dengan adanya tempoh rehat yang lama mungkin kami dapat berehat sementara untuk pastikan pemain kembali cergas.

โ€œBermain dengan pasukan JDT bukan satu perlawanan yang mudah dan kami harapkan sokongan daripada penyokong tempatan di Sabah untuk kekalkan rentak kami,โ€ katanya. -UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *