Sabah FC yakin tewaskan JDT di Likas hari ini: Kurniawan

Kota Kinabalu: Sabah FC bersedia meleburkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Likas Kota Kinabalu, malam ini.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata ini tidak mustahil berlaku kerana sebelum ini rekod tanpa kalah Terengganu FC juga berjaya dileburkan pada perlawanan aksi ke lima saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Likas lebih-lebih lagi dengan kehadiran penyokong setia “The Rhinos” meskipun JDT kini mengungguli persada liga.

Katanya, persiapan rapi sedang dilakukan bagi memperbaiki beberapa kelemahan sedia ada termasuk menganalisis beberapa video perlawanan JDT untuk melihat ruang yang boleh digunakan Sabah FC bagi memastikan kita dapat mengekang pasukan JDT di Stadium Likas malam esok.

โ€œSudah pasti semua pihak termasuk peminat setia โ€˜Rhinosโ€™ mengharapkan kemenangan berpihak kepada Sabah FC yang bermain di Stadium Likas sambil disaksikan sendiri oleh kehadiran pertama penonton…Kita memberi jaminan untuk melakukan persembahan yang terbaik sebagai hadiah kepada mereka yang hadir ke stadium malam esok,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kota Kinabalu. Kurniawan berkata, mood pemain Sabah FC juga berada pada tahap yang membanggakan sekaligus berharap agar pemain dapat mengekalkan dan meneruskan rentak permainan terbaik mereka dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini.

โ€œApa yang pasti Sabah FC pasti akan melakar sejarah sebagai kelab pertama dapat menewaskan JDT di Stadium Likasโ€ฆKita yakin jika semua pemain menunjukkan komitmen 100% tidak mustahil perkara ini dapat akan dicapai,โ€ katanya.

Ketika ditanya mengenai beberapa pemain Sabah FC yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam esok Kurniawan berkata, memang ada beberapa pemain utama mengalami kecederaan termasuk Park Taesu yang tidak dapat diturunkan kerana telah memungut tiga kuning kuning.

โ€œKita mempercayai pemain yang adaโ€ฆSaya yakin dengan pemain sedia ada dalam Sabah FC ini untuk selalu bersedia bermain secara maksimal dalam saat diperlukanโ€ฆLatihan petang ini kita akan cuba untuk membuat perancangan untuk bermain menghadapi JDT esok,โ€ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *