Amaran keras kepada jurulatih Sabah FC

Kota Kinabalu : Satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan Sabah FC melalui laman muka buku Sabah FC pada hari ditujukan kepada ketua jurulatih  Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto, berikutan prestasi yang tidak memuaskan setelah kalah 3 kali berturut-turut  dalam saingan kali ini.

Marzuki Nasir, Pengurus Sabah FC berkata “Sabah FC akan mengkaji semula prestasi pasukan dalam tiga perlawanan akan datang sekaligus memberi peluang kepada Kurniawan memperbaiki prestasi pasukan”

“Ini termasuk menilai semula dan mendapatkan input berkaitan prestasi pasukan di bawah bimbingannya selepas menerima kehadiran lima pemain import yang sudah beraksi bagi memperkuatkan barisan Sabah FC”

“Pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menilai semula tahap prestasi kejurulatihan sebelum mengambil sebarang keputusan demi kebaikan serta kepentingan Sabah FC,” Jelasnya lagi

Marzuki meminta agar semua pihak tidak panik serta memberi jaminan pihak pengurusan akan terus komited serta yakin Kurniawan Dwi Yulianto dan anak – anak buahnya akan berada dalam prestasi sebenar mereka nanti.

“Semua pemain Sabah FC yang majoritinya anak tempatan akan dapat mengembalikan prestasi serta maruah pasukan Sabah FC ke tahap yang lebih baik untuk kekal bersaing dalam Liga Super Malaysia. Anda perlu yakin dengan Sabah FC,” tegasnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *