Kerajaan Negeri Sabah Stabil Dan Kukuh

KOTA KINABALU : Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan kerajaan GRS di Sabah tetap kukuh, sebulat suara dan mendokong mandat yang diberikan oleh rakyat dalam PRN Sabah ke-16.

Semua pimpinan GRS sepakat untuk mengambil langkah bagi memantapkan dan memperkuat lagi kerajaan negeri Sabah.

Beliau juga berdoa dan berharap agar kemelut politik di peringkat persekutuan dapat diselesaikan dengan segera secara baik, bagi menumpukan perhatian kepada pandemik COVID-19, pemulihan ekonomi dan kestabilan politik di negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.