Kaji sebelum bercakap, jangan rosakkan penyatuan GRS
KOTA KINABALU: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU Sabah,
Fairuz Renddan menggesa agar semua pihak yang ingin mengeluarkan sebarang
kenyataan khususnya berkenaan isu yang mampu menggugat penyatuan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk meneliti dan kaji terlebih dahulu tentang kesahihan sesuatu isu.
โJangan buat tuduhan sembarangan. Kaji dahulu sebelum bercakap atau berbahas mengenai sesuatu isu, apatah lagi jika melibatkan perkara sensitif yang mampu menjejaskan perpaduan dan penyatuan dalam GRS.
โPenyatuan yang dibentuk ini adalah wadah kepada kerjasama yang akan diteruskan untuk kebaikan bersama dan jika ada pihak sengaja โmencucukโ atau menjadi โbatu apiโ yang sengaja memanaskan keadaan, semestinya ini tidak baik untuk semua pihak,โ katanya.
Fairuz berkata demikian susulan dakwaan
Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengatakan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cuba untuk โmencuri’ dan ‘membeliโ ahli parti dari UMNO.
Kenyataan Asyraf terbabit kemudian turut disusuli dengan kenyataan balas dari Ketua Pemuda UMNO Sabah, Abdul Aziz Julkarnain yang mendakwa BERSATU hampir berjaya menarik semua ahli UMNO Sabah.
โDari mana dia (Aziz) tahu dan pasti tentang perkara ini? Semua ahli UMNO Sabah yang keluar dulu adalah menjadi bebas dan menyertai BERSATU secara sukarela selepas BERSATU masuk ke Sabah pada 6 April lepas.
โDari mana pula timbul isu BERSATU โmembeli’ dan ‘mencuriโ ahli UMNO?,โ katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Dalam pada itu, Fairuz berkata tindakan Abdul Aziz yang melemparkan tuduhan tidak berasas itu seolah-olah mahu memecah-belahkan penyatuan dalam GRS.
โJangan cakap jika tidak ada bukti, jika tidak tahu apa-apa, jangan tunjuk macam tahu segalanya.
โJangan rosakkan penyatuan GRS yang menjalinkan UMNO dan BERSATU sebagai rakan kongsi membentuk kerajaan negeri Sabah,โ katanya.
Sementara itu, Fairuz juga turut menambah penghijrahan ahli ke parti lain adalah perkara biasa jika dilihat dalam sejarah politik Sabah.
“Antara sebab mereka memilih menyertai BERSATU kerana parti ini menyediakan lebih banyak ruang dan peluang kepada wajah baharu untuk tampil beraksi terutamanya dalam pentas politik.
“Buktinya, apabila saya selaku ketua ARMADA Sabah diberi peluang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini yang mungkin saya tidak akan dapat dari parti lain jika tidak memilih untuk bersama dengan BERSATU.
“Sindrom menyalahkan orang lain kerana mencuri ahli patut ‘diubati’. Mereka seharusnya muhasabah diri dan memikirkan seketika apakah sebabnya ahli memilih keluar daripada parti mereka.
“Sepatutnya mereka harus fokus memperkasakan gerakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai pakatan negeri bukannya terikut-ikut dengan kemelut politik Semenanjung Malaysia,” katanya.
Tamat
Setuju.. Fikir sebelum cakap.. Bukan cakap dulu baru pikir… Syabas yb