Polis Daerah Penampang cari waris mangsa lemas

PENAMPANG: Polis Daerah Penampang sedang menjejaki waris atau keluarga kepada mangsa lemas yang ditemui orang awam pada 14 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata
mangsa lelaki terbabit ditemui sekitar jam 4.30 petang di Sungai Moyog, Kampung Tuavon, di sini.

“Mangsa berusia 30-an dan ketika ditemui memakai baju T lengan panjang dan berseluar panjang hitam selain mempunyai tatu dibahagian lengan kanan berbentuk hati dengan tulisan ‘Aya’ dan ‘Johan’.

“Mayat tersebut masih berada di Jabatan Foresnsik, Hospital Queen Elizabeth 1 dan menunggu ahli keluarga tampil untuk menuntut.

“Oleh yang demikian, kami meminta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga mangsa untuk segera menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohamediah Sani di talian 019-8634811 atau IPD Penampang 088-712222.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *