Terima kasih semua – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak sepanjang beliau mengemudi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri berkata, ucapan jutaan terima kasih itu ditujukan kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus siang dan malam untuk memerangi pandemik COVID-19.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam yang beri kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan dasar yang diputuskan kerajaan PN.

“Saya berharap segala dasar yang baik untuk rakyat dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini. -BH

Leave a Reply

Your email address will not be published.