Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah anjur sesi taklimat mengenai Invest Sabah Berhad kepada SEAC
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah telah menganjurkan satu sesi taklimat mengenai Invest Sabah Berhad kepada Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC).
Sesi taklimat terbabit dilaksanakan selepas pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Pertama, Datuk Madiyem Layapan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong, baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Dr Joachim berkata penubuhan Invest Sabah Berhad ini sekaligus bagi memperoleh pendapat SEAC mengenai beroperasinya sebuah agensi yang bertanggungjawab sebagai ‘one-stop agency’ dalam perihal pelaburan di Sabah.
“Tugas dan tanggung jawab Invest Sabah Berhad adalah untuk mengenalpasti, menerima, memproses, memantau dan menyelaras semua projek pelaburan yang dibawa ke negeri Sabah seperti sektor perindustrian, pertanian, pelancong, infrastruktur, perumahan dan komersial.
“Invest Sabah Berhad berperanan untuk memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada para pelabur, bakal pelabur dan pihak berkepentingan yang berkenaan.
โSelain itu, Invest Sabah Berhad juga diwujudkan untuk membantu mempromosikan seluruh Sabah termasuk Taman-Taman Perindustrian seperti KKIP, POIC, SOGIP dan Sandakan Furniture Hub kepada pelabur luar dalam negeri,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Turut hadir dalam sesi terbabit, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Tamin Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Timbalan Setiausaha Tetap, Tseu Kei Yue dan Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Tommie Philip.
Dalam pada itu, SEAC yang dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk David Chu Sui Kiong bersama ahli majlis yang lain sebulat suara menyokong penubuhan Invest Sabah Berhad mengadakan kolaborasi pintar dalam aspek promosi pelaburan antarabangsadan domestik di Sabah.
SEAC turut menyatakan sokongan dalam aspek mewujudkan dasar, kemudahan pelaburan yang kondusif untuk memulihkan ekonomi, peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat.
Tamat