KPM memutuskan untuk melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)

PETALING JAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam tempoh 25 hari selepas sekolah dibuka semula 13 dan 14 Jun depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, secara keseluruhannya sekolah sedang bercuti ketika ini dan akan diteruskan dengan PdPR selepas sekolah dibuka selepas ini.

“Dalam tempoh 25 hari itu, semua pelajar temasuklah sekolah swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM akan menjalankan sistem PdPR.

“Selepas tempoh 25 hari itu, sekolah akan bercuti semula bagi pertengahan penggal bermula 16 Julai bagi Kumpulan A dan 17 Julai bagi Kumpulan B,” katanya dalam sidang akhbar khas tadi.

Sebelum ini, KPM memutuskan untuk menutup operasi persekolahan sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei hingga 27 Mei membabitkan sekolah dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).

Penutupan sekolah bagi Kumpulan B pula bermula 17 hingga 28 Mei 2021.

Pelajar seterusnya terus bercuti penggal dari 28 Mei hingga 12 Jun (Kumpulan A) dan 29 Mei hingga 13 Jun 2021 (Kumpulan B).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *