Polis Marin gagalkan penyeludupan minyak bernilai 22 ribu ringgit
SEMPORNA, 15 Ogos 2021 : Polis Marin Semporna dalam satu operasi telah terserempak sebuah bot laju dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan laut Singamata Resort Semporna pagi kemarin.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohammad bin Ismail berkata ketika menghampiri botlaju tersebut, juragan bertindak melarikan diri dengan memecutkan bot tersebut ke kawasan perumahan atas air Kg. Batu dan juragan terjun ke air melarikan diri.
Pemeriksaan terhadap bot tersebut telah menjumpai beberapa bungkus minyak masak dan satu jeriken berisi minyak petrol.
Minyak masak ini dipercayai hendak diseludup ke Filipina. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM22,480.00. Kes diserah kepada KPDNHEP dan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.