Timbalan Ketua Menteri gesa kaji semula pelan pembangunan tanah tinggi elak bencana

RANAU: Pelan pembangunan di pusat peranginan di kawasan tanah tinggi terutama Ranau perlu dikaji semula bagi memastikan ia tidak mengundang bencana.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, semua pegawai di peringkat daerah perlu bertindak segera dengan merujuk dan mengkaji semula semua pelan terbabit demi menjamin keselamatan pengunjung yang bakal menggunakan kemudahan berkenaan.

โ€œPihak Majlis Daerah perlu merujuk serta mengkaji semula pelan pembangunan sebelum memulakan pembangunan di kawasan tanah tinggi.

โ€œKegagalan untuk mengawal selia pembangunan di kawasan tanah tinggi boleh menyebabkan kejadian gelongsoran lumpur yang memenuhi permukaan sehingga jalan menjadi becak, seperti yang terjadi di kampung Semuroh Kinandusan, Kundasang baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu dalam tinjauan bersama Pegawai Pemimpin Masyarakat (UPPM) Kundasang, Jaochim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang juga mendapati jalan-jalan kampung terutama di Kampung Semuroh Kinundusan juga rosak berikutan cuaca hujan berterusan sejak minggu lalu.

“Jalan-jalan kampung itu perlu diperbaiki dan pihak konsensi yang dilantik perlu membuat kerja-kerja pembaikan dengan segera.

โ€œTerdapat juga kerosakan lain seperti tanah runtuh dan tanah mendap. Diharapkan agar pihak konsensi dapat melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan di sini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Joachim turut menasihatkan agar penduduk di Kundasang berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh serta segera meninggalkan tempat kediaman masing-masing sekiranya ada tanda-tanda tanah runtuh akan berlaku.

โ€œJangan teragak-agak untuk menyelamatkan diri sekiranya berlakunya kejadian tanah runtuh, kerana kita tidak mahu kemalangan jiwa berlaku,โ€ katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan kawasan tempat letak kereta di Taman Negara Gunung Kinabalu, Kundasang, ditutup ekoran kejadian tanah runtuh Rabu lepas.

Runtuhan yang berlaku adalah sepanjang 150 meter dengan lebar 100 meter dan tidak membabitkan penempatan penduduk.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *