Bantuan secara tunai one-off RM300 kepada 290 malim gunung berjumlah keseluruhan RM87,000

KUNDASANG: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melawat Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu, Kundasang untuk meninjau program penyerahan sumbangan kepada malim gunung menerusi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan Kundasang.

Dalam lawatan tersebut, YAB Ketua Menteri menyampaikan bantuan secara tunai one-off RM300 kepada 290 malim gunung yang membabitkan nilai keseluruhan sejumlah RM87,000 serta bantuan bakul makanan dan replika cek bernilai RM30,000 kepada Persatuan Malim Gunung Kinabalu, menerusi peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Selain itu, sebanyak RM20,000 diberikan kepada Persatuan Porter Gunung Kinabalu menerusi peruntukan Taman-Taman Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *