Sabah sekat kemasukan individu dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk menyekat kemasukan bagi semua individu dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka ke Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, keputusan dilakukan berikutan tularnya varian baharu dibeberapa buah negara sehingga menyumbang kepada lonjakan kes baharu COVID-19.

“Pengecualian masuk ke Sabah adalah diberikan kepada rakyat Sabah dan pasangan (suami / isteri) dan anak kepada rakyat Sabah sahaja.

“Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu katanya, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dalam tempoh 14 hari tidak dibenar menjalankan prosedur โ€œsignoffโ€ di Sabah.

“Kecuali kru warganegara Malaysia dan wajib menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa arahan berkenaan berkuatkuasa 3 Mei 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *