Tambang bas ekspres sempena Aidilfitri naik 10 peratus

KOTA KINABALU: Kadar tambang bas ekspres di Sabah menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri naik sebanyak 10 peratus.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Chin Kim Hiung berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

Susulan itu jelasnya, LPKP bersetuju menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen bagi setiap kilometer bagi tempoh 29 April hingga 8 Mei ini, berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelum ini.

โ€œLPKP Sabah juga mengambil maklum tentang keperluan bas tambahan bagi menampung keperluan pengguna sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

โ€œMaka, menerusi mesyuarat LPKP Sabah hari ini memutuskan untuk membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi mana-mana syarikat pengendali bas ekspres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April dan borang boleh diperoleh di Ibu Pejabat LPKP Sabah di Kota Kinabalu dan cawangan LPKP Tawau serta Sandakan.

Tambah beliau, keputusan yang diambil itu diharap menerima maklum balas yang baik daripada semua pihak terlibat.

Kim Hiung juga mengingatkan pengusaha dan penumpang supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi menjayakan usaha membendung penularan jangkitan Covid-19. โ€“ UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *