Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia & Jerayawara Keluarga Malaysia

KOTA BELUD: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag merasmikan Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah dan Jerayawara Keluarga Malaysia@Kerja Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, di Dewan Serbaguna Embo Ali, di Kampung Pandasan, di sini pada Sabtu.

Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag (dua kiri) menyampaikan Baucar Saringan Mamogram dan ujian HPV DNA sempena Majlis Perasmian Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah dan Jerayawara Keluarga Malaysia: Keluarga@Kerja Dun N8 Pintasan Kota Belud di Dewan Serbaguna Embo Ali Kampung Pandasan di Kota Belud pada Sabtu. – Foto ihsan JKM

Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Tahun 2022 merupakan titik permulaan kepada siri penjelajahan bagi menyantuni kumpulan sasar keluarga Malaysia, manakala program Jerayawara Keluarga Malaysia@Kerja pula adalah siri penjelajahan program kekeluargaan di seluruh negeri Sabah yang telah dilancarkan di Sulaman pada 3 Mac lalu.

Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) itu berkata, program Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah dengan MUTIARA GRS itu menyasarkan golongan wanita, ibu-ibu sama ada suri rumah atau yang bekerja terutama di kawasan luar bandar manakala bagi Jelajah Kasih Keluarga Malaysia, fokus kepada keluarga B40. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *