Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai RM1.57 juta

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menumpaskan aktivitiย penyeludupan minuman kerasย yang membabitkan rampasan 9,000 kotak yang dianggarkan bernilai RM1.57 juta termasuk cukai pada 29 Julai lalu.

Penolong Pengarah Kastam Zon Sabah, Julaiman Soimin berkata, kesemua minuman keras itu ditemukan dalam tiga buah kontena di Pelabuhan Sepanggar yang dikesan melalui mesin pengimbas.

Beliau berkata, semasa pengimbasan dilakukan terhadap tiga buah kontena itu, kandungan kontena itu meragukan dan pemeriksaan mendapati ia dimuatkan dengan minuman keras yang disyaki tidak bercukai.

โ€œHasil pemeriksaan turut mendapati kandungan dan berat pada kontena itu tidak sama dengan berat yang diisytiharkan pada dokumen kebenaran import.

โ€œPemeriksaan lanjut mendapati sejumlah 9,000 kotak minuman keras pelbagai jenama dengan nilai pasaran RM658,000 dan melibatkan anggaran cukai bernilai RM910,000,โ€ katanya dalam sidang akhbar di Pelabuhan Sepanggar hari ini.

Menurut beliau,siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengisytiharkan barangan berkenaan sebagai barangan lain untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Jelas beliau, JKDM Sabah sentiasa komited dalam menangani sebarang aktiviti yang melibatkan penyeludupan seperti rokok dan minuman keras. โ€“UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *