PKPD: 250 Set barang asas dapur kepada penduduk Kampung Kunak Jaya

KOTA KINABALU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Unit Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Sabah telah menyumbang 250 set barangan kering kepada penduduk di sekitar Kampung Kunak Jaya, Kunak, baru-baru ini.
Simbolik serahan sumbangan disampaikan oleh Skuad Qaseh YaPEIM Sabah kepada salah satu wakil penduduk Kampung Kunak Jaya, Puan Junairah Bt Adam.
Kampung Kunak Jaya merupakan antara kampung yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula dari 22 Jun 2021 sehingga 5 Jun 2021.
Kampung ini merupakan antara kampung yang memiliki penduduk paling ramai di daerah Kunak. Semoga dengan sumbangan ini serba sedikit dapat membantu penduduk kampung dengan mengurangkan beban mereka dari segi bekalan makanan harian.
Jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah Y