Penutupan sekolah berdasarkan panduan KPM: Mistirine

KOTA KINABALU: Arahan penutupan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Kota Kinabalu pada 6 dan 7 Mei 2021 dibuat berdasarkan panduan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya, notis arahan yang dikeluarkan pihak sekolah berkenaan adalah benar dan ia mengikut panduan pihak KPM berikutan seorang murid Tahun 2 di sekolah itu disahkan positif COVID-19.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Kesihatan Daerah Penampang mengarahkan supaya sekolah berkenaan ditutup selama dua hari.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Mistirine Radin ketika dihubungi Utusan Borneo mengesahkan mengenai perkara itu di sini hari ini. 

Mengikut arahan yang dikeluarkan KPM, sekolah yang disahkan mempunyai kes COVID-19 perlu ditutup minimum dua hari.

Sepanjang tempoh penutupan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan melaksanakan penilaian risiko dan pengesanan kontak rapat serta memantau kerja-kerja sanitasi.

Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko pihak PKD. – Utusan Borneo
 

Leave a Reply

Your email address will not be published.