Pelancaran Bulan Kebangsaan 2021 dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah melancarkan Bulan Kebangsaan 2021 dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah di Dewan Bankuasi, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Kempen yang akan digerakkan ke seluruh daerah di Negeri Sabah ini membawa nilai dan makna untuk rakyat menghayati dan menghargai kemerdekaan yang kita kecapi bersama sebagai sebuah negara Malaysia dan seterusnya memeriahkan bulan kebangsaan dengan kibaran Jalur Gemilang.

Turut bersama dalam majlis tersebut, YB Datuk Kadzim Hj M.Yahya, Speaker DUN Sabah, YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II, YB Datuk Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri III, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Datuk Seri Panglima Sr Hj Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah dan barisan Menteri Kabinet Negeri Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.