309 Ketua Isi Rumah di Kota Marudu terima bantuan bakul makanan

Oleh: Ranya Saai

KOTA MARUDU: Seramai 309 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi golongan B40 dari dua buah kampung, di sini, menerima bantuan bakul makanan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding.

Mereka terdiri daripada KIR di Kampung Goshen dan Kampung Kokobuan.

Hendrus yang juga merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, menzahirkan kesyukuran kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

“Kerajaan GRS begitu prihatin dan sentiasa memberikan bantuan bakul makanan secara terus menerus kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek,” katanya selepas hadir dalam majlis penyampaian bantuan bakul makanan yang bertempat di Astaka Padang Kampung Goshen, semalam.

Turut hadir dalam upacara penyerahan ini ialah, Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) Majawap Masantun, Ketua Perhubungan Parlimen P168 Kota Marudu Mariana Majinau, Pegawai Kemajuan Masyarakat Josey Vung Nyuk Chin, Pemaju Mukim Richard Gusuf dan wakil dari Pejabat Daerah Kota Marudu Tinah Maralin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.