Shafie & Warisan tersasar daripada perjuangan – Peter

Kota Kinabalu: Peter Anthony Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap dan Juil Nuatim ADUN Limbahau bertindak meninggalkan parti dan bakal menubuhkan parti baharu yang mesra kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS}

Peter yang menyatakan hilang kepercayaan kepada parti WARISAN dan Presiden WARISAN apabila mereka beralih ke Kuala Lumpur yang jelas tersasar dalam perjuangan parti tempatan,

Bagaimanapun, penubuhan parti baharu yang berasaskan Kadazan Dusun Murut (KDM) itu hanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, tiga ADUN Warisan mengumumkan keluar parti, iaitu Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama).

Hassan dan Mohamaddin kemudian menyertai Bersatu, manakala Yusof kekal sebagai ADUN bebas mesra kerajaan sehingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *