Pemimpin di peringkat kampung jangan bersekongkol dengan pengedar dadah

TONGOD: Pemimpin di peringkat kampung diingatkan supaya tidak bersekongkol dengan pengedar dadah dari luar yang masuk ke kampung untuk mengedar dadah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut Datuk Masiung Banah berkata terdapat khabar angin, bahawa ada pemimpin-pemimpin kampung yang sengaja membiarkan kehadiran pengedar dadah di kampung mereka.

โ€œYang lebih memburukkan keadaan, ada pemimpin kampung sanggup menyewakan rumah di kawasan kampung sendiri untuk kegiatan mengedar dadah.

โ€œWalaupun perkara ini hanya khabar-khabar angin, tapi saya tegaskan disini, jika ini benar-benar berlaku, tidak kira apa jawatan kamu, siapa pun kamu, sila letak jawatan kerana anda bukan contoh pemimpin yang baik kepada masyarakat โ€ tegas Masiung.

Beliau berkata demikian di program Integrasi Sosial Rumah Komuniti Tongod, Anjuran Agensi Aanti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan anjuran sama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Tongod di sini, kelmarin.

Justeru, Masiung meminta AADK Tongod melakukan pemeriksaan rambang kepada pemimpin-pemimpin kampung untuk memastikan mereka tidak terlibat langsung dengan penyalahgunaan dadah.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata walaupun gejala dadah ini bukanlah satu perkara yang baru, daerah Tongod juga tidak terkecuali dengan gejala itu.

Namun, beliau yakin kegiatan itu masih dapat ditangani melalui kerjasama masyarakat setempat terutama pemimpin kampung.

โ€œIni boleh dilakukan dengan penduduk kampung sama-sama memainkan peranan kalau menyedari kehadiran mereka ini (pengedar syabu) di kampung masing-masing perlu segera melaporkan kepada Ketua Kampung atau terus laporkan kepada pihak polis, โ€ katanya.

Mengenai program pencegahan dadah di daerah Tongod, Masiung berkata beliau komited dengan usaha itu antaranya menambah peruntukan tahunan RM10,000 kepada PEMADAM Tongod untuk digunakan pelaksanaan program kesedaran masyarakat berkaitan dadah. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *