Panggilan video lucah sindiket baharu ugut wang

KOTA KINABALU : Sindiket daripada Indonesia berkenaan panggilan video lucah menggunakan beberapa platform medis sosial telah dikenalpasti.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah telah menjelaskan bahawa kegiatan ini telah melibatkan kerugian sebanyak lebih RM1,000 dan kes pemasaran video lucah ini semakin giat dilakukan termasuklah melalui platform ‘WhatsApp’.

Setakat ini, tiga kes telah dilaporkan membabitkan lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun diperdaya melalui media sosial seperti Facebook, Wechat, Michat dan platform lain.

“Kes pertama dilaporkan pada 18 Disember lalu apabila mangsa berkenalan seorang wanita menggunakan nama akaun ‘Dendrra’ menerusi laman Facebook.

“Mereka kemudiannya berkomunikasi secara lucah sebelum suspek memaparkan gambar bogelnya untuk menarik perhatian,” menurutnya.

Kes kedua dilaporkan berlaku pada 22 Disember lalu apabila mangsa menerima pesanan mesej melalui aplikasi MiChat di mana suspek kemudiannya membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp dan melakukan aksi bogel sesama mereka.

Pada hari yang sama, kes ketiga dilaporkan di mana kegiatan ini berlaku di platform Facebook.

Mangsa dan penama akaun, Fanesa Aprilia, berkenalan dan beralih ke aplikasi WhatsApp untuk beronani dan aksi tersebut telah dirakam untuk tujuan mengugut bagi memperoleh wang oleh pemangsa.

Mohd Zaidi mengingatkan agar semua berhati-hati dengan kegiatan sindiket sedemikian terutama yang boleh melibatkan ugutan yang memberhaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *