Mama Tua terima hadiah Hari Natal

PAPAR: Puan Maria @ Mary atau dipanggil Mama Tua di Kg. Sulim Kinarut, Papar menerima kejutan Hari Natal apabila menerima hadiah sebuah kerusi roda oleh Dato Armizan Mohd Ali Pengerusi Persatuan Setiakawan dan rakan-rakan.

“Seminggu menjelang Hari Natal, saya dan kawan-kawan buat Ziarah Krismas sekitar Kg. Sulim Kinarut, Papar. Antara destinasi yang dicadangkan Pengerusi JPKK Kg. Sulim adalah rumah Auntie Maria @ Mary yang mereka panggil Mama Tua.

“Masa itu, Auntie Maria ada sebut kesukaran untuk bergerak dengan tongkat kelihatan berada di tepinya.

“Hari Krismas kami datang semula ziarah Auntie Maria dengan bawa surprise Christmas Gift.

“Ternyata wheelchair ini amat bernilai untuk membantu urusan harian beliau. Senyuman dan kegembiraan Auntie Maria pula amat bermakna buat kami!

“Moga Auntie Maria dikurniakan keafiatan,” kata Armizan dalam pautan laman sosial beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published.