Perkukuh kerjasama dalam menjaga kedaulatan Sabah

PUTATAN: Kerjasama kukuh antara 5 divisyen dan pelbagai agensi keselamatan lain akan mampu mengoptimumkan peranan dan tugas dalam menjaga kedaulatan Sabah.

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Abdul Rahman A Wahab berkata, hasil kecemerlangan 5 Divisyen sebelum ini akan sentiasa dihormati oleh pasukan sahabat dan digeruni oleh pasukan lawan.

Katanya, keutamaan dan penekanan yang serius diberikan dalam merangka dan melaksanakan latihan-latihan individu serta kolektif akan mampu mencapai objektif yang digariskan.

โ€œBagi merealisasikan tonggak satu dan tonggak dua Tentera Darat akan terus memperkasakan latihan yang mampu menjadikan 5 Divisyen sebagai sebuah organisasi yang kredibal, professional dan berdaya saing serta responsif dalam apa juga keadaan.

โ€œSelain itu, kerjasama utuh bersama agensi-agensi keselamatan di negeri ini mampu merapatkan jurang kekangan dan mengoptimumkan peranan dan tugas kita sebagai pasukan keselamatan dalam menjaga kedaulatan Sabah,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perbarisan Perintah Ulung Panglima 5 Divisyen yang keempat, di Padang Kawad Rejimen Ke-6 Artileri Diraja, Kem Lok Kawi, di sini.

Dalam perbarisan itu, seramai 12 pegawai dan 238 anggota lain-lain melibatkan tiga Detasmen daripada formasi bawah naungan 5 Divisyen turut terlibat.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Nur Fahmi Bassar.

Perbarisan itu diadakan bertujuan menyampaikan amanat dan Perintah Ulung beliau selepas mengambil alih tampuk pemerintahan 5 Divisyen daripada Datuk Mohd Halim Khalid pada 4 Julai lalu.

Sebelum, Abdul Rahman turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada seorang pegawai dan sembilan anggota lain-lain pangkat. -Sabah360

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *