Srikandi Muda BERSATU Sabah hulur sumbangan untuk mangsa banjir

KOTA KINABALU: Biro Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah
telah menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir berikutan hujan lebat yang berterusan, baru-baru ini.

Antara tempat yang dikunjungi adalah Balai Polis Keningau dan Balai Bomba Keningau.

Selain itu, beberapa sumbangan ikhlas turut diperluaskan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hospital, termasuklah anggota polis yang bertugas di beberapa lokasi sekatan jalanraya seperti Keningau.

Bantuan makanan juga turut diberikan kepada rider Grab Food dan Food Panda.

Penyerahan sumbangan bakul makanan itu telah diketuai oleh Pengerusi Biro Srikandi Muda Bersatu Sabah, Nesha Azuren Datuk Abd. Ghani bersama beberapa lagi ahli jawatankuasa Biro Srikandi Muda Bersatu Sabah.

Sumbangan bantuan ini adalah sebagai tanda perhatian dan keprihatinan Biro terhadap ahli keluarga, individu dan barisan hadapan yang terjejas disebabkan bencana banjir ketika pandemik COVID-19 sedang melanda ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Biro, Hanny Fitri Qasyney Asni, Penolong Setiausaha, Noor Azmunifah Datuk Noorzain dan Penolong Bendahari, Emma Sofiah Jazuli Wilaksono.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *