Rakyat Sabah buat keputusan tepat pilih GRS: Hajiji

Oleh: Ranya Saai

TAWAU: Rakyat Sabah telah membuat keputusan tepat memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan menerajui Sabah sejajar dengan pentingnya negeri sealiran dengan kerajaan Persekutuan.

Kemenangan GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) membuka jalan kepada kewujudan persefahaman dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan Persekutuan yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu sempena Setahun Malaysia Prihatin hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, bagi pihak kerajaan GRS dan rakyat negeri ini mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutama Perdana Menteri atas keprihatinan kepada negeri ini.

โ€œSabah menerima pelbagai bantuan untuk meningkatkan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19. Ini membuktikan kepentingan dan keperluan Sabah adalah keutamaan kepada kerajaan Persekutuan.

โ€œJusteru, mewakili kerajaan GRS dan seluruh rakyat negeri ini, kami merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri atas kejayaan dan bantuan kepada rakyat negara ini, terutama ketika berdepan cabaran penularan pandemik ini,โ€ katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

โ€œBantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban rakyat Malaysia di Sabah dan saya berharap berharap kerjasama dan bantuan daripada kerajaan Persekutuan akan berterusan.โ€

Sementara itu, Muhyiddin dalam amanatnya sempena ulang tahun setahun Perikatan Nasional, hari ini, menyatakan kawalan sempadan menjadi antara agenda utama kerajaan dengan menambah aset dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi untuk ditempatkan di sepanjang sempadan termasuk di Sabah, menerusi pendekatan lima sempadan hadapan.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan bersama agensi berkaitan akan mengambil tindakan untuk meningkatkan capaian internet terutama di Sabah dan Sarawak dengan inisiatif Jalinan Digital Nasional (JENDELA) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *