Hajiji ingin memastikan keselamatan sempadan pada tahap tertinggi

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor prihatin akan keselamatan sempadan negeri Sabah terutamanya sempadan Sabah-Kalimantan.

Hajiji mengeluarkan sebuah kenyataan media akan hasratnya untuk memelihara aset keselamatan di kawasan timur Sabah agar sentiasa pada tahap tertinggi.

Keputusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membina tiga lagi pos keselamatan sebagai tambahan kepada tujuh pos yang sedang dibina, disambut baik oleh Kerajaan Negeri.

Hajiji turut menggesa agar keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dinaiktaraf rentetan taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melibatkan Ops Murni Angkatan Tentera pada Khamis.

Ops tersebut dilaksanakan untuk Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Hussein, di Markas Divisyen Kelima Infantri, Lok Kawi, dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Seri Ikmal Hisham; Panglima Divisyen, Mej Jen Datuk Hj Mohd Halim bin Khalid, dan pegawai kanan Angkatan Tentera dan Kerajaan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *