NGO bantu anak-anak membeli-belah

PAPAR: Persatuan Setiakawan Sabah dengan kerjasama Pengurusan Gereja Katolik St Nicholas Mononsi, Kg Kaiduan Papar telah menganjurkan program “Jom Shopping Krismas” bagi membantu anak-anak daripada keluarga yang tidak berkemampuan membeli pakaian baharu di Servay Hypermarket Papar . Program ini bukan program yang baru tetapi sudah dianjurkan sejak 8 tahun lalu bersama kawan-kawan yang lain, jelas Dato Armizan Mohd Ali.

“Senyuman mereka amat bernilai dan bermakna buat diri ini. Dalam kegembiraan, saya tersentuh kerana saban tahun pasti ada kanak-kanak yang mengambil kesempatan untuk membeli kelengkapan sekolah, walau program ini diatur untuk membeli baju baharu untuk Krismas.

“Bila ditanya, antara jawapan, “barang sekolah saya belum cukup, uncle”. Inilah sebahagian realiti hidup.Syukur tahun ini Program Jom Shopping Krismas dapat dilangsungkan, setelah terhenti tahun 2020 kerana pandemik COVID-19, ” kata Armizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *