Hajiji: Terus memelihara seni, budaya

TUARAN: Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah merasmikan ‘Duang Festival’ di Rumah Kebudayaan Rumpun Bajausama di Kampung Lok Batik, Tuaran.

Dalam perasmian festival ini, saya telah mengutarakan tujuh keutamaan kerajaan untuk dilaksanakan bagi pembangunan kebudayaan yang ada di negeri ini, yang bermula sejak tahun 2021 hingga 2030.

“Tujuh keutamaan itu ialah pendigitalan seni budaya atau eCulture; pelancongan budaya bersepadu; pemuliharaan budaya; pengukuhan hubungan etnik; penyelidikan dan dokumentasi budaya; pengembangan seni budaya dan perlindungan harta intelek, sejajar dengan inisiatif Sabah Maju Jaya dalam pembangunan budaya pelbagai etnik di Sabah dan peranan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.”

“Kita mahu menerusi tujuh keutamaan ini semua badan kebudayaan dan komuniti membangun bersama, menghayati dan seterusnya menjiwai nilai kebudayaan yang mereka warisi dari generasi yang terdahulu dan diwariskan kepada generasi akan datang.”

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), kerajaan telah meluluskan empat (4) projek berimpak besar dengan peruntukan sebanyak RM4,500,000.00 iaitu Projek Pemetaan Budaya 2021-2025 dan Pelan Pembangunan Kebudayaan Negeri Sabah 2020 -2030.”

“Selain itu, projek meningkatkan produk pelancongan budaya Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Tenom dan projek meningkatkan infrastruktur Pusat Kebudayaan Sabah Penampang. Kesemua projek ini sedang dalam proses pelaksanaan.

“Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dalam Belanjawan 2023 Sabah untuk melaksanakan pelbagai program bagi memulihara kekayaan dan warisan seni budaya etnik negeri ini. Ia termasuk Hentian Budaya (Cultural Pit-Stop) yang telah dirangka untuk memperkasakan industri pelancongan berasaskan budaya dengan dua lokasi baharu di Kota Belud dan Tawau.

“Saya menyeru semua pemimpin masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semua lapisan masyarakat di Sabah agar terus memperkasa dan memelihara seni, budaya dan adat tradisi angsa dengan sebaik-baiknya,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *