Sabah FC yakin tambil tunjukkan prestasi sebenar mereka
KOTA KINABALU: Sabah FC masih mempunyai baki tiga minggu untuk memperbaiki kelemahan sebelum memulakan kempen Liga Malaysia menentang Negeri Sembilan FC awal Mac depan.
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau tidak panik dengan beberapa keputusan dalam perlawanan persahabatan pra musim sebelum ini namun berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan sedia ada.
Katanya, beliau sudah mengenalpasti kelemahan yang ada selepas mengharungi empat perlawanan termasuk ketika tewas 1 โ 2 kepada Kelantan FC dalam Kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) 2022 malam tadi sekali gus yakin dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka selepas ini.
โSaya pasti kita boleh perbaiki apa juga kelemahan sedia adaโฆKita ada tiga perlawanan lagi masa itu mungkin sudah ada keserasian dalam kalangan pemain,โ katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.
Mengulas mengenai perlawanan semalam ketika tewas kepada Kelantan FC, Kim Swee nyata kecewa dengan keputusan tidak memberangsangkan itu sekali gus mengecewakan semua pihak.
โDaripada segi keputusan saya tidak berpuashati dengan beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi terbaik merekaโฆKita bermula agak perlahan tetapi kita mendapatkan gol pertama.
โSelepas gol pertama kita berhenti bermain dan mengambil mudah. Ini merupakan satu sikap negatif yang perlu diubah kerana apabila mendahului kita harus kekalkan momentum,โ katanya.
Dalam tempoh terdekat, Sabah FC akan memperbaiki semua masalah ini termasuk masalah kecederaan yang masih membelenggu beberapa pemain utama terutama sekali seorang lagi penyerang import dari Jepun, Taiki Kagayama, Dominic Tan, Irfan Fazail dan beberapa pemain lain.
Mengulas prestasi penampilan pertama penyerang Brazil, Neto Pessoa, Kim Swee berkata Neto baharu bersama-sama kita selama dua minggu, sudah tentu banyak kelemahan perlu diperbaiki terutamanya daripada segi penyudah tetapi secara keseluruhannya saya amat berpuas hati terutama kesungguhannya,โ katanya.
Kim Swee berkata Ini termasuk seorang lagi pemain import Brazil, Jackson De Souza yang turut menunjukkan persefahaman baik dalam perlawanan malam tadi dan percaya mereka akan menjadi lebih baik selepas mengharungi beberapa perlawanan selepas ini. – Sabahfc.com