Barisan hadapan terus dihargai
KOTA KINABALU: Bagi menghargai pengorbanan dan usaha para barisan hadapan daerah Tuaran yang khususnya mereka yang terlibat dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Tuaran dibawah kepimpinan Pegawai Daerahnya, sebuah Majlis Penghargaan Sekalung Budi Kepada Barisan Hadapan Daerah Tuaran telah diadakan di Ballroom Rasa Ria Resort, Tuaran yang dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.
“Dalam mendepani dan mengharungi cabaran akibat daripada penularan wabak COVID-19 serta bencana alam yang tidak diduga, para barisan hadapan inilah insan-insan yang tidak kenal erti lelah mahupun putus asa dalam membantu mengekang serta meminimumkan impak daripada pandemik ini.
“Anda semua adalah Wira Barisan Hadapan! Sesungguhnya, kerajaan negeri amat menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus tanpa mengira masa demi untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 khususnya di negeri ini. Semoga majlis apresiasi ini akan dapat meningkatkan motivasi serta semangat para barisan hadapan agar terus kuat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kerana perjuangan kita melawan COVID-19 masih belum berakhir,” kata Hajiji