ADUN Tandek serah watikah perlantikan JPKK Kota Marudu

KOTA MARUDU: Satu majlis Penyerahan Watikah Perlantikan kepada (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) JPKK telah diadakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding berkata JPKK yang dilantik perlu memaklumkan dengan kadar segera kepada wakil rakyat jika terdapatnya rakyat yang memerlukan keperluan mendesak.

“JPKK juga adalah merupakan agen penyampai maklumat dan agenda serta memudahcara program kerajaan,” katanya.

Bagi kawasan Tandek seramai 74 orang JPKK yang telah dilantik bagi kampung masing-masing diadakan bertempat di Pejabat ADUN Tandek.

Majlis terbabit turut dihadiri Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Majawap Masantun, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Joseh Vung Nyuk Chin, serta Pemaju-Pemaju Mukim.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *