Lawatan dan ziarah ke masjid dan surau PDRM

Kota Kinabalu, 11 April 2022 ( Selasa) – Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan seterusnya menziarahi Masjid dan surau IPK Sabah dengan diiringi oleh Ydh DC Datuk Jauteh bin Dikun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menyantuni warga barisan hadapan PDRM sepanjang Ramadhan dengan amal ibadah harian. Di samping untuk memberi bantuan melaksanakan aktiviti program ihya Ramadhan kepada warga PDRM serta serta sebagai tanda menghargai barisan hadapan yang telah berkorban apa sahaja sepanjang bulan Ramadhan.

Aturcara majlis dimulai dengan Solat Zohor Berjemaah, Ucapan aluan pengacara majlis, bacaan doa, ucapan penghargaan oleh YDH DCP Datuk Jauteh Bin Dikun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Penyampaian Replika Cek kepada Aktiviti BAKA dan Kariah Masjid Nur Islam PDRM Sabah. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Cenderahati, Sesi bergambar, Sidang media, sesi menandatangani Buku Lawatan Kerja dan diakhiri dengan Sesi bergambar di Lobi IPK Sabah.

Majlis turut di hadiri oleh YDH SAC Datuk Zabidi B. Haji Md Zain, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah, YDH SAC Sapii B. Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sabah, Ydh ACP Khalid bin Saion, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam IPK Sabah, YBHG Ustaz Haji Malai Ali B. Malai Ahmad, Timbalan YDP MUIS, YBHG Tuan Sapdin B. Ibrahim, Setiausaha Kementerian Tugas-Tugas Khas, YBHG Tuan Ramlan B. Awang Ali, CEO MUIS, YBHG Datuk Ustaz Saiful Zaman B. Sangol, Pengarah JHEAINS, YBHG Dr. Haji Omar Rasul As Salam Syah B. Datuk Haji Sulaiman Omar, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, YDH ACP Abdul Rahman B. Ishak, Timbalan Pengerusi Satu Masjid Nur Islam Kariah PDRM Sabah, Para Rombongan Menteri / MUIS / JHEAINS / JAKIM / PBNS dan pegawai-pegawai kanan polis IPK Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *