Saringan COVID-19 besar-besarkan dibuat di PTS Menggatal

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memaklumkan saringan COVID-19 berskala besar telah dilaksanakan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata saringan terbabit telah dilakukan selama dua hari.

“Untuk makluman awal, saringan COVID-19 secara besar-besaran telah dibuat di PTS Menggatal hari ini dan semalam.

“Hasil saringan tersebut dijadualkan diketahui esok dan akan menyumbang kepada pertambahan statistik kes baharu di daerah Kota Kinabalu,” katanya.

Pada hari ini, negeri Sabah telah merekodkan sebanyak 274 kes baharu COVID-19 dengan dua kematian masing-masing membabitkan daerah Sandakan dan Keningau.

Leave a Reply

Your email address will not be published.